Assalamualaikum w.b.t....
Alhamdulillah....hari ni naru dapat nk update blog..bukan ape maklum lah gune wireless UNISZA jerk pon..adakala lambat, adakala laju... tengah baring2 sambil Muka Mendongak ke Langut Bersulam Kerinduan yang Teramat kepada Sang Suami, tiba2 teringin plak nak update blog....
untuk entry kali ni saya nak tulis tentang ...
6 TIPS MENCINTAI PASANGAN SETIAP MASA...
1) tunjuk rasa cinta anda kepada pasangan anda
- janganlah berhenti untuk membelai pasangan menggunakan sentuhan samada sentiasa memegang tangan pasangan atau curilah masa sedikit untuk mengucup pasangan anda ketika hendak berjauhan sementara seperti ke tempat kerja dll...tak lupe juga untuk sentiasa menghubungi pasangan ketika anda berjauhan seperti zaman anda bercinta dahulu supaya dapat mengeratkan lagi kasih sayang...
lukis sendiri kat papan hitam ..hu3
2) jangan pendam perasaan
- selalu si isteri akan pendam perasaan kepada suami agar hati suami tak terluka.Tapi ketahuilah bahawa semakin lama perasaan dipendam, ia akan merosakkan kasih sayang kepada pasangan..jadi, apa yang ada tidak selesa haruslah diluahkan, tetapi carilah masa yang sesuai untuk meluahkan...insyaallah, perhubungan yang dibina akan semakin bahagia.
3) terima ketidaksempurnaan pasangan
- setiap diri manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing...apa yang lemah itu harus lah ditampung dengan kelebihan pasangan dan begitulah sebalik nya..
4) ringankan bebanan atau tekanan
- sebagai seorang isteri / suami bukanlah semata-mata pasangan hidup kita, tetapi haruslah menjadi kawan, sahabat sejati yang boleh pasangan mencurahkan segala ketidakselesaan hati dan kita juga harus menjadi pendengar yang setia di sisi pasangan...
5) komunikasi due hala
- setiap pasangan haruslah sentiasa bawa berbincang apa pun masalah yang berlaku, walaupun dari sudut pandangan kita itu hanya lah masalah yang kecil...ape2 pun kita dan pasangan yang tidur sebantal,sekatil, sebumbung x kan lah x boleh berbincangkan..??
6) gunakan cara yang lembut
- cara yang lembut ini bukanlah menggunakan tangan yang lemah longlai dan suara yang perlahan, tetapi menggunakan cara yang berhemah untuk mengur pasangan atau pun untuk meredakan keadaan..
Inilah antara tips-tips yang boleh dikongsikan bersama..sebanarnya banyak lagi tips-tips ni...tapi setakat ini sahaja yang boleh dikongsi...kalo nak banyak lagi tips, rajin2 kan lah diri untuk baca buku - buku yang lain...
WARNING !!!
HANYA UNTUK YANG SUDAH BERKAHWIN SAHAJA...
TO COUPLE2 YANG KAT KUAR TUH, JGN MENCUBA DILUAR RUMAH ATAU DALAM RUMAH !!!HARAM....